Ulasan Jurnal 3 _ Pengajaran dan Pembelajaran Pengaturcaraan Komputer

Tajuk Jurnal :
Visual Basic Programming Impact on Cognitive Development of College Students


Penulis :
Garry White

Computer Information Systems Department
Texas State University
600 University Drive,
San Marcos, TX 78666

Sumber :
Journal of Information Systems Education, Vol. 17(4) 2006


Ulasan.

Peringkat awal penulisan menghuraikan tentang kepentingan mempelajari pengaturcaraan. Disusuli pula dengan kajian kepustakaan oleh tokoh-tokoh akademik berhubung kepentingan mempelajari bahasa pengaturcaraan. Apa yang menarik tentang penulisan jurnal ini ialah ia kajiannya merujuk kepada teori-teori seperti teori Piaget dan Perkembangan Kognitif. Asasnya bagi seorang pengkaji yang mahu melakukan kajian, aspek-aspek seperti ini tidak boleh diabaikan. Jika merujuk kepada kursus VB yang bakal diadakan oleh kumpulan kami pada bulan April ini nanti, aspek-aspek yang disentuh oleh penulis jurnal ini mesti dijadikan panduan semasa menyediakan modul dalam kursus VB tersebut.

Apa yang menarik dalam penulisan jurnal ini ialah kajian awal mendapati mempelajari pengaturcaraan komputer dapat meningkatkan perkembangan dan memperbaiki kemahiran kognitif dan meningkatkan pemikiran secara konkrit. Pada pendapat saya di sekolah khususnya, samada pelajar mahu pun guru sendiri pendedahan kepada pembelajaran pengaturcaraan komputer masih ditahap yang rendah. Ramai guru sendiri tidak menguasai kemahiran pengaturcaraan komputer apatah lagi pelajar itu sendiri.

Apa yang penting pendedahan awal harus diberikan kepada pelajar-pelajar agar dapat memupuk minat kepada subjek pengaturcaraan komputer. Kursus-kursus samada dalam bentuk 'off line' , dalam talian dan bersemuka perlu dijalankan mengikut keperluan pada setiap tahun. Ia kemudianya harus dikembangkan dalam komuniti guru itu pula bagi menjadikan kemahiran pengaturcaraan komputer dapat dikembangkan dan diperluaskan penggunaanya mengikut keperluan di sekolah masing-masing.

Dalam penulisan jurnal ini , penulis menggalakkan bahasa pengaturcaraan seperti VB 6 diajar kepada pelajar-pelajar. Saya bersetuju dengan pendapat penulis dan mencadangkan agar pelajar-pelajar di Malaysia mempelajari subjek pengaturcaraan pada peringkat menengah rendah lagi. Ia boleh memperkenalkan silibus seperti permainan yang ringkas tetapi menarik.

Rumusan penulis dalam kajiannya, mempelajari bahasa pengaturcaraan boleh meningkatkan kemahiran kognitif tetapi tidak memperbaiki perkembangan kognitif. Kajian ini dilihat begitu ketara kepada pelajar yang umurnya melebihi 18 tahun. Dalam akhir kajiannya lagi, pelajar perlu berada dalam kumpulan kognitif yang "setara " sekiranya mahu berjaya dalam mempelajari pengaturcaraan.

Ulasan Jurnal 2 - P&P Pengaturcaraan Komputer

Tajuk Jurnal : Exploring the effects of gender
and learning styles on
computer programming performance: implications for programming pedagogy

Penulis : Wilfred W. E Lau and Allan H. K. Yuen

Sumber : Vol 40 No 4 2009 696-712
British Journal of EducationalTechnology
doi:1O.11J11/j.1467-8535.2008.00847.x

Ulasan

Pembelajaran pengaturcaraan komputer telah diajar di sekolah sejak lebih dua dekad.Kajian itu memfokuskan kaitan jantina dan cara pembelajaran tersebut dapat mencapai prestasinya.Ramai pengkaji suka menjadikan perbezaan jantina ini sebagai sesuatu yang mesti diutamakan dalam setiap kajian berbanding aspek-aspek lain yang lebih penting dan perlu diberi perhatian dalam setiap kajian yang dibuat.

Kajian tersebut mendapati pelajar-pelajar telah mempelajari pengaturcaraan komputer di sekolah-sekolah.Namun begitu terdapat beberapa cadangan agar cara perlaksanaan kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan komputer dibuat penambahbaikan.Juga terdapat perbezaan pencapaian jika dibuat perbandingan pencapaian berdasarkan jantina.

Saya dapati kajian yang dibuat oleh penulis menggunakan gaya bahasa yang ringkas,padat dan mudah difahami.Disertakan dengan tiga tujuan utama kajian iaitu : tujuan, metodologi dan dapatan kajian.Aspek ini sangat ditekankan bagi memastikan keberhasilan sesuatu kajian itu berjaya dilakukan.

Mengaitkan dengan kajian kepustakaan bagi mengukuhkan hasil kajian.Begitu juga jika dikaitkan dengan kursus pembelajaran pengaturcaraan komputer yang akan di jalankan pada Semester ini nanti dapat memberi panduan secara jelas bahawa perbezaan jantina bukanlah sesuatu yang menjejaskan cara pembelajaran pengaturcaraan komputer.Sebaliknya pendekatan pedagogi yang berkesan dan bermutu dapat meningkatkan cara pembelajaran pengaturcaraan komputer oleh para pelajar.Oleh itu aspek perbezaan jantina sepatutnya tidak terlalu diberi penekanan yang serius semasa mengendalikan sebarang kursus pengaturcaraan komputer seperti Visual Basic ini nanti.Keberkesanan dari aspek modul,teknik, pendekatan kendiri dan bantuan rakan sebaya terarah menjadikan kursus VB lebih mendatangkan impak yang positif kepada para peserta.


Ulasan Jurnal P&P 1

Tajuk Jurnal : Teaching Object-Oriented Programming Concepts Using Visual Basic .NET

Penulis : Albert Dieter Ritzhaupt
Ron James Zucker
Department of Computer and Information Sciences
University of North Florida
Jacksonville, FL 32246

Sumber : Journal of Information Systems Education, Vol. 17(2) Inf Syst Educ 17 no2 Summ 2006

Ulasan

Program Visual Basic merupakan program bahasa yang asas yang pelajar perlu pelajari dalam kurikulum pendidikan.Dalam merangka modul atau kursus, kita perlu menerangkan permasalahan yang berlaku dalam arahan ”Visual Basic.Net”.Satu jadual yang sistematik perlu dirangka dalam melaksanakan latihan program.

Penulisan jurnal ini dapat memberi idea dalam melaksanakan kursus Visual Basic (VB) dalam semester ini.Ia memberi gambaran pada kumpulan saya :

  • Apakah pendekatan – pendekatan dari isi kandungan yang mudah kepada yang lebih rumit

  • Bagaimanakah persediaan diatur – dari segi tempat, sasaran peserta kursus,tahap pengetahuan dan kemahiran peserta dikenalpasti lebih awal sebelum kursus dijalankan

  • Proses kerja – bagaimana proses kerja untuk menjalankan sebelum,semasa dan selepas kursus VB dijalankan

  • Bahan kursus – sama ada modul bercetak, cd , laman web yang berkaitan dan sebagainya lagi.

  • Jadual – tempoh masa kursus yang diperlukan , adakah ia bersesuaian dengan tempoh masa yang diberikan dan

  • Program yang patut dijalankan dan yang dijangkakan akan berlaku semasa mengendalikan kursus VB ini nanti.

  • Impak – impak yang boleh dilihat melalui pemerhatian terhadap peserta sebelum dan selepas kurus dijalankan.


Kajian Bebas

Pengetahuan , Kemahiran dan Penggunaan Openoffice.org Writer Dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah di Zon Ledang,Johor.



Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan , kemahiran dan penggunaan guru-guru Perisian Sumber Terbuka “Open Source Software “ (OSS) seperti Openoffice.org.Writer. Kajian ini melibatkan guru-guru Sekolah Kebangsaan, di Zon Ledang, Johor.Tinjauan awal dibuat untuk mengenalpasti cabaran,pelaksanaan dan masalah yang berkaitan dengan penggunaan Openoffice.org.Writer tersebut. Kaedah 'mixed method' digunakan bagi meninjau pandangan guru-guru dalam kajian ini. Maklum balas yang diterima hasil tinjauan itu nanti akan dibuat penambahbaikan dari aspek strategi pengajaran, kemahiran berfikir dan rekabentuk modul yang digunakan apabila mengadakan kursus berkaitan penggunaan perisian Openoffice.org.Writer. Tindakan tersebut dapat membantu mengurangkan kos pemilikan perisian ,meningkatkan kebebasan memilih penggunaan perisian dan meningkatkan pertumbuhan masyarakat berasaskan pengetahuan.