Ulasan Jurnal 3 _ Pengajaran dan Pembelajaran Pengaturcaraan Komputer

Tajuk Jurnal :
Visual Basic Programming Impact on Cognitive Development of College Students


Penulis :
Garry White

Computer Information Systems Department
Texas State University
600 University Drive,
San Marcos, TX 78666

Sumber :
Journal of Information Systems Education, Vol. 17(4) 2006


Ulasan.

Peringkat awal penulisan menghuraikan tentang kepentingan mempelajari pengaturcaraan. Disusuli pula dengan kajian kepustakaan oleh tokoh-tokoh akademik berhubung kepentingan mempelajari bahasa pengaturcaraan. Apa yang menarik tentang penulisan jurnal ini ialah ia kajiannya merujuk kepada teori-teori seperti teori Piaget dan Perkembangan Kognitif. Asasnya bagi seorang pengkaji yang mahu melakukan kajian, aspek-aspek seperti ini tidak boleh diabaikan. Jika merujuk kepada kursus VB yang bakal diadakan oleh kumpulan kami pada bulan April ini nanti, aspek-aspek yang disentuh oleh penulis jurnal ini mesti dijadikan panduan semasa menyediakan modul dalam kursus VB tersebut.

Apa yang menarik dalam penulisan jurnal ini ialah kajian awal mendapati mempelajari pengaturcaraan komputer dapat meningkatkan perkembangan dan memperbaiki kemahiran kognitif dan meningkatkan pemikiran secara konkrit. Pada pendapat saya di sekolah khususnya, samada pelajar mahu pun guru sendiri pendedahan kepada pembelajaran pengaturcaraan komputer masih ditahap yang rendah. Ramai guru sendiri tidak menguasai kemahiran pengaturcaraan komputer apatah lagi pelajar itu sendiri.

Apa yang penting pendedahan awal harus diberikan kepada pelajar-pelajar agar dapat memupuk minat kepada subjek pengaturcaraan komputer. Kursus-kursus samada dalam bentuk 'off line' , dalam talian dan bersemuka perlu dijalankan mengikut keperluan pada setiap tahun. Ia kemudianya harus dikembangkan dalam komuniti guru itu pula bagi menjadikan kemahiran pengaturcaraan komputer dapat dikembangkan dan diperluaskan penggunaanya mengikut keperluan di sekolah masing-masing.

Dalam penulisan jurnal ini , penulis menggalakkan bahasa pengaturcaraan seperti VB 6 diajar kepada pelajar-pelajar. Saya bersetuju dengan pendapat penulis dan mencadangkan agar pelajar-pelajar di Malaysia mempelajari subjek pengaturcaraan pada peringkat menengah rendah lagi. Ia boleh memperkenalkan silibus seperti permainan yang ringkas tetapi menarik.

Rumusan penulis dalam kajiannya, mempelajari bahasa pengaturcaraan boleh meningkatkan kemahiran kognitif tetapi tidak memperbaiki perkembangan kognitif. Kajian ini dilihat begitu ketara kepada pelajar yang umurnya melebihi 18 tahun. Dalam akhir kajiannya lagi, pelajar perlu berada dalam kumpulan kognitif yang "setara " sekiranya mahu berjaya dalam mempelajari pengaturcaraan.